Welcome to Strawberry Cupcake Little Land! Behave yourself at my blog. Don't forget to +Follow me!. Thank you <3 Dashboard | +Follow
|Strawberry Cupcake|



Hello World! I'm Izzati, nice to call me Zati. I'm from Parit Buntar in Perak. Thanks for stepping here. Welcome to my awesome site. I'll type whatever I want. Be happy. Be Awesome :D


► The owner
► My spirit
► My Friends
► My Diary



Scream here!



Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una



Older Post
Rindunya!
Friday, July 12, 2013 | Friday, July 12, 2013 | 0 Sweet Cupcake


Annyeong haseyo!, ohh rindunya dekat blog ni~ dah berapa lama dah x mengupdate cerita terkini. Boleh dikatakan dah nak dekat setahun jugak ye blog ni berhabuk (wow berinci-inci! haha >,<) Ok lah straight to the point, Alhamdullillah setelah sekian lama xmerantau blog ni baru hari ni terbukak pintu hati nak mengupdate (cehh terbukak pintu hati! ayat~) Seriously Zati rindu sangat2 dekat blog aka my diaries ni.. hehe

Sebenarnya, Zati sekarang ni dah x berapa pandai mengedit blog ni, almaklumlah, dah berapa lama tinggalkan, of courselah lupa itu ini. Hah, Alhamdullillah sekarang ni umat Islam di seluruh dunia telah pon menyambut hari ke-4 Ramadan Al-Mubarak, and pada 9.7.2013 bersamaan dengan 30 Sya'aban 1343 H (betul ke?) maka genaplah umur Zati 15 tahun.. Dah tua ye budak ni *.*" hehe.. Happy Birthday to me, xpernah dibuat orang ucap Birthday dekat diri sendiri, kan?? (adelah!) 
Oklah, xnak tulis panjang2.. Di kesempatan ini, Zati nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga dirahmati dan diredhai oleh Allah S.W.T. Amin :)

Lots of Smile,

This all things make me ....
Thursday, September 13, 2012 | Thursday, September 13, 2012 | 1 Sweet Cupcake

Hello dude! Dah lama iye Zati tidak merajinkan diri mengupdate blog ni? haha dasar pemalas punya budak. Kesian dekat korang, bila bukak blog Zati je post ni je yang muncul, xde lain dah! naik juling mata kome memandang ye :3 ok, post kali ni ayat dia sikit suspen kan2? haaa, first thing is make me happy! Zati nak cakap tu you all ni is (bunyi drum) Zati dah jadi "maklong"!! the baby is girl, her name? I still don't know.. (ape punya maklong lah -.-)
I hope, she will be cute like this :D Just like her aunt! haha
Pepsss.. her aunt is squeezes (perasan!)

Second thing is make me feel crazy!, Zati bertumbuk dengan adik Zati yang nombor 2 tu! (ape punya kakak lah, main tumbuk2 ni!) orang pertama yang tahu benda ni ialah kawan Zati, Hana!

Zati : Hana! aku bergaduh dengan adik aku sampai bertumbuk lah >.<
Hana : Hah? aku bergaduh dengan adik aku pon xde lah sampai bertumbuk! haishh nanti kesian dekat suami hang! bergaduh sikit kena tumbukan padu!
Zati : Ke situ pulak dia =.=''

And the last one, baru terjadi petang tadi, this thing make me fell tired, happy, and enjoyed!, petang tadi Zati dan kawan2 Zati pergi sekolah untuk siapkan kerja Bahasa Inggeris for a presentation for tomorrow! haha, walaupun penat tapi best gila dapat buat kerja tu dengan kawan2! Walaupun letih tapi happy menguasai diri Zati (ayat!)


Sempat ambil beberapa gambar :P hehe

Yusra tengah tekun mengunting ..... (Zati pon xtahu ape benda tu)


Haa Zuera! tengah mesej dengan sape tu? kantoi, kantoii :P


Siapakah manusia dua orang ini? o.O ahaa, ni la Zati dan Hana! kami tengah tunggu buah durian jatuh dari pokok kat tepi tu ;3

Lots of Smile,


Lucky
Thursday, August 23, 2012 | Thursday, August 23, 2012 | 0 Sweet Cupcake


Ehem-ehem testing one, two, three... haha hai peps! lama jugak ye Zati dah xupdate blog nikan? Alhamdullillah, sekarang semua umat Islam di seluruh dunia sudah pon menyambut "hari raya Aidilfitri", so, banyak dapat duit raya? Zati xkira lagi duit raya Zati almaklumlah sibukkan hehe. Hey-hey meh sini Zati nak cite benda terbaru about me... bulan puasa tadi, my father.. bought me a telephone! ^.^ (wink-wink# seronok xterkata!) nak tahu macam mana rupanye telefon Zati tu? kejap ye nak cari dekat abang GOOGLE kita nii.. (google jadi abang? bahaha)
nah! ni lah dia.. "Samsung Galaxy Y"

Zati tabik hormatlah dekat abah Zati, sebab.. abah Zati tu bukannya layan sangat anak2 dia dan xtahu apa yang anak dia suka, nak, benci dan perkara yang sewaktu dengannya, and for your information, ayah Zati tu sedikit pendiam dari Ibu Zati. So Ibu Zati jelah yang akan pot-pet lebih di dalam rumah. Btw abah Zati serius baik! belikan Zati phone, (wah2 dunia ini ana yang punya!) first, Zati macam blur sikit time abah Zati bagi sebab macam xpercaya ape yang terjadi..

Tengah tido
Abah: Zati, bangun! tu Ibu panggil.
Zati: (masih pejam mata) hurmmm..
Abah: bangunlah.. nanti Ibu bising nanti! -.-
Zati: ye la, ye la (bangun dalam keadaan yang terpaksa, hehe)


Pergi jumpa Ibu dalam bilik, and abah pon ade dekat situ
Zati: kenapa Bu panggil kakak?
Ibu: mana ade Ibu panggil lah? o.O

Abah tengah pegang telefon
Abah: nah ni.. (bagi telefon dekat Zati)
Zati: (amik and then tekan2.. mood- Xpercaya~)
Abah: tu abah beli untuk akak, jaga elok2 tau. lagi 1 jangan guna Internet, kalau abah tau kakak guna Internet abah amik balik!
Zati: (sambil loncat) Abah ni macam tau2 je akak nak bukak Facebook =..= , ok akak xbukak! ^.^

Tahun ni Zati beraya dengan telefon yang pertama! wahh, btw Zati nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! walaupun agak lambat, but masih boleh lagikan? :D

Lots of smile,